kita berehat dulu ngan iklan k

Kisah Qaiser Irshad

Friday, July 3, 2009

MIMPI SEORANG GADIS

Untuk Renungan Bersama..... .
Bismillahirrahm anirrahim Wbrth!!!
Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi)oleh Ustazah Noorbayah Mahmood..

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama" Lalu dijawab oleh ayahnya. "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia" Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun.

INSYALLAH" "WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..... ......SEBARKANLA H.......... WASSALAM!!!. .....

Thursday, July 2, 2009

Damai di Bermuda

Oleh Mohamed Juhari Shaarani
mailto:Shaaranibminggu@bharian.com.my

Gugusan 9 pulau indah: Pasir pantai merah jambu janjikan percutian mengasyikkan di BermudaSEBUT saja Bermuda, pasti mengingatkan kita kepada pulau yang penuh mistik dengan kisah kehilangan kapal dan pesawat di kawasan dikenali Segi Tiga Bermuda, terus terlintas di fikiran. Atau paling tidak pun, mereka yang meminati muzik, pasti terkenangkan lagu popular Barry Manilow yang bertajuk Bermuda Triangle.
Namun bagi penulis, bukan soal mistik atau misteri Bermuda yang melekat di minda, sebaliknya pengalaman menempuh perjalanan untuk sampai ke pulau yang sungguh indah ini terbukti bukanlah sesuatu yang mudah. Perjalanan yang dilalui menghampiri 20 jam tanpa mengira waktu transit, tetapi jika dicampurkan waktu menanti transit di Lapangan Terbang Heathrow, London, ia sebenarnya mengambil masa 29 jam kerana hanya ada satu penerbangan ke pulau ini. Sebaik menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Bermuda, sesiapa pun pasti terkejut melihat bangunannya amat jauh ketinggalan zaman serta uzur dan luntur warnanya, namun apa yang dilihat seterusnya boleh menjadi kenangan seumur hidup kerana pulau ini sangat indah

Tembok yang dibina British pada awal 1800.

Bermuda yang merangkumi sembilan pulau dikelilingi Lautan Atlantik dihasilkan daripada letusan gunung berapi dan percayakah anda, di sebalik keindahan lautan serta daratannya, pulau ini cuma didiami kira-kira 60,000 orang. Budaya pulau ini, khususnya muzik dan tarian pula sarat dengan pengaruh Afrika berikutan ramai golongan hamba abdi dari benua itu dibawa ke Bermuda yang dikatakan mendapat nama daripada seorang kapten berbangsa Sepanyol, Juan Bermudez. Bermudez dikatakan menjumpai pulau ini pada 1503 dan pada 1609, Laksamana Sir George Somer berdepan masalah kapal karam berhampiran Bermuda lalu di pulau inilah beliau membina kembali kapal dan cuba untuk menuntut Bermuda yang dimiliki British selain cuba menamakannya sebagai Pulau Somers, tetapi gagal. Bagi penulis, keunikan di pulau ini jelas terasa sepanjang perjalanan dari Lapangan Terbang Bermuda ke ibu kotanya, iaitu Hamilton.

Bandar St George, diiktiraf Bandar Warisan Dunia oleh Unesco.


Ini dari segi barisan rumahnya yang menggunakan bumbung diperbuat daripada ‘limestone’ atau batu kapur berwarna putih untuk menakung laluan air hujan. Kaedah ini digunakan sejak ratusan tahun lalu kerana masalah air bersih sememangnya menjadi satu masalah utama kepada penduduknya. Air hujan yang melalui celah bumbung ini dikumpulkan dalam kolam besar yang dibina di bawah tanah setiap rumah yang menjadi usaha mendapatkan sumber bekalan air bersih sepanjang tahun bagi kegunaan harian penduduk Bermuda. Satu perkara yang menarik tentang Bermuda, tidak ada satu pun bangunan tinggi di pulau ini dan jika ada pun, sebuah bangunan yang kini dalam pembinaan setinggi 10 tingkat di bandar Hamilton yang bakal menjadi bangunan tertinggi di Bermuda. Jangan lupa melawat Bermuda Aquarium Museum dan zoo yang ditempatkan dalam sebuah bangunan 3 dalam 1, menggabungkan tiga tarikan utama di sini, malah koleksi hidupan laut di akuarium itu sememangnya menakjubkan. Bersebelahan akuarium, terletak bangunan muzium yang menempatkan fakta asal usul Bermuda yang lebih terperinci dan dipenuhi kemudahan seperti interaksi bersama pengunjung menggunakan teknik robotik, audio visual, skrin sentuhan, kios dan hologram. Sebuah zoo kecil yang terletak di tepi laut pula menempatkan binatang jinak yang dibiarkan berkeliaran bersama pengunjung. Bagi penulis, antara keunikan yang harus dikongsi bersama pembaca adalah pantai di Bermuda yang pasirnya berwarna merah jambu, dikatakan terhasil daripada kehancuran hidupan laut ‘foram’ di lautan Bermuda. Pasir-pasir ini boleh dibawa pulang kerana boleh dibeli pengunjung dalam botol kecil. Peringatan lain - pastikan melawat Bermuda di musim panas. Ini disebabkan pengalaman melucukan penulis yang menjerit kerana tidak sabar turun ke laut tetapi sebaliknya ditertawakan pengunjung kerana suhu air ketika itu yang dingin. Hanya selepas itu, penulis menyedari tiada sesiapa pun yang mandi disebabkan suhu airnya itu. Tarikan lain adalah sebuah pulau menarik dan unik namanya, Nonsuch Island yang memerlukan pengunjung menaiki kapal ke pulau ini yang pada asalnya digunakan sebagai habitat burung. Namun kini, pulau itu terus dipulihara bagi mengekalkan flora dan faunanya yang dikatakan tidak ada di pulau lain dan semasa menaiki kapal, pengunjung akan berasa kagum kerana pulau ini amat indah sewaktu dilihat daripada lautan. Awas! ada amaran kepada mereka yang mudah mabuk laut - anda perlu membuat persediaan awal kerana gelombang ombaknya agak mencabar. Sebagai pulau yang mempunyai hidupan laut yang mungkin tiada di kawasan lain, Bermuda Under Water Exploration Institute (BUEI) menempatkan saintis dari seluruh pelusuk dunia membuat kajian mengenai hidupan dan masa depannya, termasuk menyelamatkan spesis sedia ada daripada pupus. Salah satu pulau yang popular dan menjadi kunjungan ramai pelancong ialah Bandar St George yang diiktiraf bandar warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2000. Ia menjadi penempatan awal yang memperlihatkan ‘ketuanan’ British di pulau ini, juga ibu kota lama Bermuda menempatkan bangunan Vermond Bermuda National Craft Museum dibina pada 1710 yang mempamerkan banyak koleksi artifak dunia barat dan China. Satu lagi keistimewaan Bermuda ialah deretan hotelnya di tepi laut yang banyak bercirikan bangunan lama Inggeris seperti tempat penginapan penulis, Hotel Fairmont Hamilton Princess hingga pekerjanya juga berpakaian bercirikan ketuanan British. Bagi peminat seni tampak, pastikan mengunjungi Bermuda National Gallery dan Masterworks Museum of Bermuda Art yang menempatkan karya pelukis pulau ini, selain Bermuda Institute of Ocean Sciences dan Bermuda Historical Society Museum. Jika berkesempatan, Bermuda boleh menjadi destinasi pilihan terutama pasangan yang ingin berbulan madu atau meraikan ulang tahun perkahwinan kerana ia menjanjikan satu percutian yang penuh nostalgia dan mengasyikkan......

Halimatun tundukkan singa

ADA seorang wanita bernama Halimatun Armiah yang bekerja sebagai tukang masak di istana Raja Yarmuz. Dia disayangi oleh Raja Yarmuz kerana kepakarannya di bidang masakan. Halimatun menghabiskan separuh dari usianya bekerja sebagai tukang masak Yarmuz.
Raja Yarmuz seorang pemerintah yang membenci agama Islam kerana dia mahu seluruh rakyatnya menyembahnya sebagai tuhan. Dia tidak mahu ada kuasa yang lebih berkuasa daripadanya.
"Beta akan menghukum sesiapa sahaja rakyat beta yang menganut agama Islam. Ingat hanya beta sahaja yang patut disembah sebagai tuhan. Sesiapa yang ingkar pada perintah beta akan dihukum mati," titah Raja Yarmuz kepada rakyat negara Yarmuz.
"Saya pernah melihat ada lelaki dimasukkan dalam kandang binatang buas kerana ingkar perintah Raja Yarmuz," kata seorang lelaki kepada kawannya yang turut mendengar titah Raja Yarmuz itu.
Halimatun yang pada ketika itu belum menganut apa-apa agama berasa takut dengan amaran Raja Yarmuz itu dan berjanji untuk tidak mengingkari raja yang zalim dan kejam itu.
Namun pada suatu hari, Halimatun mendapat petunjuk daripada Allah dan akhirnya memeluk Islam. Pada awalnya, ahli keluarganya takut mendengar Halimatun memeluk agama Islam.
Penjelasan dan keindahan agama Islam yang diperkatakan oleh Halimatun kepada keluarganya mencairkan tembok kejahilan yang ada pada diri keluarganya itu. Mereka akhirnya memeluk Islam dan menjalankan kewajipan sebagai orang Islam.
Kini sudah beberapa bulan berlalu sejak Halimatun dan ahli keluarganya memeluk Islam. Dia terus menjalankan tugas sebagai tukang masak istana seperti biasa tanpa mendedahkan rahsianya yang sudah memeluk Islam itu. Jauh di sudut hatinya, dia juga mahu melihat kawan-kawannya memeluk Islam.
"Pastikan semua orang menjalankan tugas mereka dengan baik dan teliti. Tempat memasak, bekas peralatan makanan dan hidangan makanan harus berada dalam keadaan bersih.
"Raja Yarmuz tidak suka kepada mereka yang malas dan benda-benda yang kotor," arah ketua tukang masak kepada semua tukang masak yang kelam kabut dan riuh rendah mendengar berita mengenai lawatan mengejut Raja Yarmuz ke dapur istana.
Walaupun semua rakan Halimatun berdebar-debar menerima lawatan Raja Yarmuz tetapi Halimatun tenang sahaja menunggu ketibaan Raja Yarmuz itu.
Tidak lama kemudian, Raja Yarmuz tiba ke dapur istana dan gembira melihat pekerja-pekerja dapur istana melakukan kerja mereka dengan baik dan tekun.
"Halimatun tolong bawa bekas makanan ini untuk dihidang di meja besar bagi santapan Raja Yarmuz!," perintah Ketua Tukang Masak.
Halimatun pun terus membawa sebuah bekas makanan menuju ke meja santapan Rajanya itu. Namun tiba-tiba wanita ini terlanggar sesuatu menyebabkan bekas makanan yang dipegangnya terlepas dari tangan Halimatun dan terjatuh ke lantai.
"Allah!" Halimatun menyebut nama Allah tanpa beliau sedari terlepas daripada mulutnya.
"Apa?" kata Raja Yarmuz dalam nada suara yang tinggi dan keras apabila mendengar Halimatun menyebut kalimah Allah itu.
Tenang
"Kamu menyebut nama Tuhan orang Islam. Maka adakah ini bermakna kamu juga sudah memeluk agama Islam," tanya Raja Yarmuz kepada Halimatun.
Halimatun serba salah untuk menjawab dan Raja Yarmuz yang dapat melihat keadaan Halimatun yang mencurigakan itu.
Apabila didesak beberapa kali, Halimatun akhirnya mengaku sudah memeluk Islam.
"Patik sekarang menyembah Allah. Tuhan semesta alam," ucap Halimatun dengan yakin.
"Beta mahu kamu meninggalkan agama Islam dan mengaku beta sebenarnya tuhan kamu.
"Sekiranya kamu ingkar perintah beta, kamu akan dijatuhi hukuman berat," ugut Raja Yarmuz yang begitu murka mendengar pengakuan Halimatun itu.
"Patik sama sekali tidak akan tunduk pada perintah tuanku. Patik sanggup menerima hukuman tuanku!," kata Halimatun yang enggan menurut perintah Raja Yarmuz walaupun tahu hukuman berat menantinya.
"Pengawal! Kamu tangkap wanita ini dan humbankan dia ke dalam kandang singa. Biar dia menjadi makanan singa-singa yang kelaparan itu," perintah Raja Yarmuz itu tentu sahaja turut mengejutkan kawan-kawan Halimatun yang lain.
Halimatun hanya kelihatan tenang sahaja apabila pengawal istana menangkapnya. Perintah Raja Yarmuz dilaksanakan dengan segera. Halimatun dimasukkan terlebih dahulu ke dalam kandang singa sebelum singa-singa peliharaan Raja Yarmuz dilepaskan ke dalam kandang.
Singa-singa yang masuk ke dalam kandang itu kelihatan begitu garang dan tidak menunggu kecuali mahu menerkam dan menyiat-nyiat Halimatun yang hanya mampu berdiri di sudut kandang.
Halimatun sebenarnya ketakutan namun beliau teringat kepada Allah Yang Maha Mengasihani makhluk-makhlukNYA yang dizalimi.
"Ya Allah! Sekiranya Engkau Maha Berkuasa berikanlah perlindungan mu ke atas diriku ini," doa Halimatun dengan penuh takwa.
Singa-singa itu tentu sahaja dapat menghidu bau manusia lalu tanpa menunggu barang sesaat haiwan ganas itu hendak mematahkan tengkuk Halimatun yang masih menggeletar ketakutan namun mulutnya tidak henti-henti menyebut nama Allah.
Ditakdirkan, haiwan yang asalnya begitu garang, rakus dan begitu ganas secara tiba-tiba tunduk terhadap Halimatun. Haiwan itu seolah-olah memberi penghormatan kepada wanita ini dengan izin Allah. Halimatun terus menadahkan tangan tanda bersyukur kepada Allah kerana melindunginya dari menjadi mangsa haiwan liar itu.
Kejadian itu cukup menghairankan Raja Yarmuz.
"Mengapa singa-singa beta tidak membaham dan mengoyak tubuh wanita tua itu? Apa yang sudah berlaku? Lebih menghairankan mengapa singa-singa itu kemudiannya tunduk dan hormat pada Halimatun?," kata Raja Yarmuz.
"Mungkin dia mendapat pertolongan dari Tuhannya," sambung Raja Yarmuz kepada pembesarnya.
"Mungkin juga Tuanku!," mereka yang lain setuju dengan pendapat Raja Yarmuz itu.
"Halimatun harus dikeluarkan dari negara ini. Sekiranya orang ramai tahu tentang kehebatan Halimatun menundukkan singa-singa beta, mungkin ramai akan memeluk Islam," kata Raja Yarmuz.
"Ini merupakan ancaman kepada tuanku!," sahut salah seorang pembesar kepada Raja Yarmuz yang masih bingung memikirkan mengenai Halimatun.
Akhirnya Halimatun dihalau keluar dari negeri itu tanpa belas kasihan oleh Raja Yarmuz.

moral of the story : yakinlah pada Allah s.w.t dikala susah dan senang

Wednesday, July 1, 2009

Antara Isteri, Ibu dan Pekerja

hmm topic ni mesti seringkali mengundang pelbagai persepsi dari pelbagai lapisan umur, bangsa, jantina dan sebagainye.

Untuk menjadi seorang ISTERI, dalam masa yang sama seorang IBU, dan juga seorang PEKERJA...adalah amat memenatkan..dulu bila lihat orang lain yang memegang ketiga2 tangungjawab ni aku tak merasakan apa2 pun...tapi bila melaluinye skarang baru aku tau betapa kasihnye dan betapa mulianya seorang wanita yang kita panggil mak/umi/ibu/mama/ mami yang dapat menjalankan ketiga2 peranan ini dalam satu masa.......

untuk berjaya menggalas tanggungjawab ini wanita itu mestilah kuat dari segi mental dan fizikal........huhuhu berjayakah aku? itu yang aku cuba usahakan. memang aku akui payah untuk melaluinye tapi dorongan suami, kawan2 (sama status) dan nasihat dari mak, insyaAlah cuba dilaksanakan dengan baik...

kawan2 kalau ada sesiapa nk komen and bagi pendapat tuk menjayakan peranan ni sila2 lah ye...... semoga suma saranan yang di beri dpat saya jadikan pedomana hidup and to make sure bahtera yang saya dan suami bina bersama kehadiran seorang anak kecil dpat dilayarkan dengan baik. cewaaaahhhhh berbunga2 ayat

Jalan-jalan makan angin - Melaka

assalamualaikum buat pembaca dan salam sejahtera..

pertama kali menulis blog ni cukupla dimulakan dengan tajuk yang amat bersesuaian dengan diriku yang amat menggemari melancong aka jalan2 aka aku ni sebenarnye memang kaki jalan.

hehhehehe pernah hubby suruh duduk umah senyap2 tk yah berjalan.... entah la aku memang bukan jenis yg suka duduk diam kt umah mesti ada je tempat yang nak pegi...even pegi umah mak atau mak mertua..hehehe tak kisah la kan...

hhhhmm yang paling ditakuti penyakit berjalan ni terjangkit la pulak pada anak kesayangan ku...
nak dijadikan cerita last saturday aku, hubby and my beloved daughter ikut family hubby bercuti di melaka...
Bandar melaka memamng dah jauh beza dengan dulu... sebab dulu pegi ngan hubby (sewaktu masih bercinta) memang biasa aja tempatnye....cuma yang membezakan lain dari lain adalah tempat bersejarah dan beca....yang lainnye suma sama...

tapi persepsi telah berubah 350 darjah bila pergi sabtu lepas....memang berbeza...... baka kata macam dlm astro tu macam2 ada

heheheh we all menetap di Seri Costa Hotel (ok la), lagipun dekat sikit kalau nk berjalan kaki......bertolak dari KL pukul 4.30ptg dan tiba di melaka pukul 6ptg... mana tak nye jalan sesak because of 3 accident yg berlaku sepanjang highway (hmmm tk serik2 kan pemandu yang memandu laju ni)

sampai je kat sana terus cari makan...lapa so me, hubby n abang ipar makn dekat satu gerai makanan melayu...biasala kalau pergi Melaka cari asam pedas lah kan...

lepas tu kami suma pegi hotel (family hubby dh tempah awal), after maghrib baru keluar jalan2.
aku memang dah excited bila smpai melaka sebabnye dh terpandang menara taming sari, dataran pahlawan..hehehe

so the first thing that we do is naik menara taming sari....... memang best sgt. tapi kalu yang gayat tu tak yahla cuba karang ada yang termuntah pulak...hehehehe then kitorang pergi naik beca... suma nye lima beca..satu beca kenakan RM20 tuk wat sartu pusingan and berhenti kat tempat2 yang menarik..hmm aku tak tau la mahal atau tidak sbab bagi aku ok la .... then kitorang pegi naik river cruise..memang best..sbb terasa macm di venice walaupun tk macam kt venice atleast ada gakla usah kerajaan negeri melaka memanfaatkan sungai yang ada dari terbiar mcm sungai klang tu kan...

after that baru la pegi makan2....
pagi soknye macam biasala aktiviti kt bandar melaka tu...shopping jalan2....tapi kali ni aku memang tk pegi pun a famosa, atau sekeliling (kecuali yg dibawa oleh pakcik beca tu).

lepas puas jalan2 we all terus pergi taman buaya..hehehe sajala nk tengok buaya...kt KL banyak buaya darat puas dh mata ni tgk..nak gak tgk buaya air kan..hikhikhikhikhik

hmm memang ari bertuah...rupanye pada hari tu diadakan show buaya..hehehe so dapatla tgk buaya beraksi dengan manusia.besarnye buaya tu takyah ckpla..naik gerun di buatnye...
tapi hubby tk ikut masuk ke taman buaya...letih katanya..rugi tau bey..(hubby tido dalm keta..penat katanye) yang masuk taman buaya cuma aku,anak yang tersayang, kakak ipar and abang ipars (s - dua orang), chik (mak sedara) manakala mak mertua n hubby rilex dalam keta...

huhuhuh then baru kitorang balik umah...penat memang tak yah cakapla.........
lpas ni hubby planning nak jalan2 lagi cuma bila, di mana masih mendi rahsia..hhheheheheh


UPDATE : GAMBAR PADA 8 JUNE 2011