kita berehat dulu ngan iklan k

Kisah Qaiser Irshad

Showing posts with label aneh dan unik. Show all posts
Showing posts with label aneh dan unik. Show all posts

Friday, October 8, 2010

PAGAR SESAT

BEST2..bila nak pegi sini??????

Sumber berita dari KOSMO....

TROWBRIDGE - Semakin ramai pengunjung berjaya keluar dari pagar sesat terbesar di Britain dalam masa cuma beberapa minit dengan bantuan telefon pintar iPhone, lapor sebuah akhbar semalam.
Pagar sesat merupakan panggilan untuk pagar diliputi daun yang mempunyai lorong-lorong mengelirukan, sekali gus menyebabkan seseorang itu sukar untuk menemui jalan keluar.
Sebelum ini tempoh 90 minit diperlukan sebelum seseorang itu dapat keluar dari Pagar Sesat Hedge seluas 3.2 kilometer di Taman Safari Longleat di sini, barat daya England.
Namun, semua itu berubah setelah ramai pelawat menggunakan iPhone dan BlackBerry untuk memuat turun peta pandangan dari udara pagar daun berkenaan dari laman Google Earth di Internet.
Berpandukan teknologi sistem pengesanan global (GPS), pemilik-pemilik gajet itu dapat mengesan lokasi mereka. Pengguna cuma perlu mengikuti peta dalam talian untuk mencari laluan keluar yang terpantas.
"Saya memberi masa 15 minit kepada diri saya untuk mencari jalan keluar tetapi saya putus asa dan kemudian menggunakan iPhone, ia amat berkesan," kata seorang pelancong berusia 29 tahun, Paul Roberts.
Lebih 400,000 orang sesat dalam pagar daun tersebut pada setiap tahun. - Agensi

-------------------------------------------------

P/S:- BEST NYE KALAU MALAYSIA ADA BUAT BENDA NI...APAKATA BUAT SATU KT SEPANG...BEST GAK NI ADVENTURE WEIIII... SONOK TUK MENENANGKAN OTAK SMBIL PIKIR JALAN KUAR.... TAK SILAPA AKU HARRY POTTER ADA BELAKON KT SINI GAK

Friday, October 23, 2009

Sejadah berdiri...

dua hari lepas Malaysia kecoh dengan kejadian2 sejadah berdiri dengan sendirinya....
percaya atau tidak wallahualam......

kebelakangan ni banyak yang terjadi...gempa bumi, tsunami, taufan.... itu suma kita ibaratkan sebagai amaran Tuhan atau bumi sudah tua..... then seorang bayi berusia 9 bulan di rusia yang amat bertuah...di tubuhnye telah timbul ayat-ayat alquran setiap isnin dn khamis.....

hmmm memang bumi dh tua... kalau difikirkan kita sebenarnya adalah umat akhir zaman.... umat yang telah banyak melanggar perintah Allah....... skrg ni ulama pun ramai yang tak hormat.... hidup terlalu sosial...maksiat sana sini.... nauzubillahiminzalik..yaAllah jauhkan la aku dan hamba2mu dri perkara yang Kau tak redhoi....

berbalik kepada kes sejadah berdiri..... ari tu kes sepasang suami isteri bergaduh mengenai arah kiblat..then sejadah tu duduk tahiyyat akhir mengadap ke arah kiblat (maksudnye ada permintaan ada penawaran)........ then gempar lagi kat sebuah masjid berbelas2 sejadah berdiri..then dekat kedah and kelantan keesokan harinya..... kita percaya kekuasaan tuhan... kalau Allah kata kun fayakun....maka jadilah ia....tapi yang kita takut manusia2 yang berada di akhir zaman ni suka ambil kesempatan..... takut dia yang mendirikan sejadah tu sendiri selepas beberapa kes yang lepas.... motif nak glamor.... taua nak takutkan orang lain...

smlam aku, ayah, and adik aku esham.... test sejadah kt umah..yang baru and yang lama.... betul memang boleh di buat.... tapi kna guna sejadah baru...yang keras..bukan sejadah lama... maksudnye kalau sejadah lama yang berdiri yang memang lembut....lu pikirla sendiri.. walau tak terpikir dek akal waras kita.... wallahua'lam

kita sebagai manusia sepatutnye lebih menginsafi kejadian2 yang terjadi... semoga Allah masih memberi peluang...

wassalam...

Thursday, October 15, 2009

Lukisan jadi kenyataan........

Salam suma..hmm kalau tgk gmbar ni mesti teringat umah kat kampung2 kan..bestnye...tapi skrg byk rumah dh moden..

gambar2 ni saya tangkap waktu bulan puasa...saja nk letak kt entry leh share ngan kwan2..

sama plak tema kt suria klcc and mid valley.... creative tul sbb slalu namapak dlm lukisan tapi diorang buat and build jadi mcm real..

di midvalley,bangsar
d midvalley, bangsar
di Suria KLCC (sebelum siap)
di suria KLCC (Selepas siap....) fuhh cantik gilerr

Wednesday, September 30, 2009

Di mana dia?

This guy paints himself................




Wednesday, September 2, 2009

'Spiderman' di Malaysia

hi kawan2..... ari ni topik hangat di semua akhbar...spiderman perancis panjat menara berkembar...hishhh tak gerun ke dia ek...saya yang hanya beberapa tapak je ke menara berkembar ni..dh gerun and gayat sgt..apatah lagi nk panjat menara just like that.... tak waras ke apa ni...hehheheheh

ada kawan yang bekerja di tingkat 50 pun kata mcm berhayun je bgunan tu dh gayat ini lagi la..nk panjat hishhh tak dok kojo g cari kojo namanye ni....cuckupla stand kat jambatan yang menhubungkan menara 1 and 2...menggigil kaki ni tau....

dulu our office dekat level 37 menara kembar ni...ishhh tupun rasa nk tercabut kaki bila pandang bawah...aduhhhhhhhhhhhhh...satu je nk cakap DAHSYATTTTTTTTTT

_________________________



KUALA LUMPUR - Tiada sesiapa yang menyangka semasa hujan gerimis dan serentak dengan waktu umat Islam bersahur pagi semalam, ada seorang lelaki menghampiri bangunan Menara Berkembar Petronas tanpa disedari oleh pengawal keselamatan dan mula memanjat.

Hanya dalam tempoh 90 minit kemudian, lelaki Perancis itu, Alain Robert, 47, yang memanjat tanpa sebarang peralatan sehingga dikenali di serata dunia sebagai 'Spiderman Perancis', sudah berdiri di atas puncak menara dua bangunan berkenaan.

SEBUAH helikopter berlegar pada waktu Robert berdiri di puncak Menara Berkembar Petronas semalam.

Dia yang sekadar memakai kemeja-T dan seluar jean, kemudian memacakkan Jalur Gemilang sebelum turun dari menara itu dan kemudian ditahan oleh polis selepas kehadirannya disedari oleh pengawal keselamatan menara berkenaan.

Walaupun ditangkap, Robert boleh tersenyum puas kerana usahanya kali ini berjaya selepas gagal pada 1997 dan 2007 yang turut berakhir dengan dia ditahan atas dakwaan menceroboh.
Seorang jurugambar, Ee Wee Kiat yang merakamkan aksi Robert berkata, lelaki itu dilihat memanjat tanpa peralatan.

"Dia memanjat tanpa ada gangguan kerana tiada ada sesiapa termasuk pengawal keselamatan yang nampak,'' ceritanya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman berkata, Robert memanjat bangunan itu pada waktu hari masih gelap bagi mengelak kehadirannya dikesan.

Wednesday, August 26, 2009

Anaconda di Malaysia???????????

hmmm mesti terkejut kan...saya dpt email dari officemate....... terkejut sgt....selalunye Pak U yang besar2 mcm citer anaconda tu ada kat sungai amazon(rasanye la)...mcm piranha yg mkn org gak la...heheheheh

tapi gmbar yg dibawah betul2 buat saya terkejut.hmmm takutnye nk masuk hutan.....