kita berehat dulu ngan iklan k

Kisah Qaiser Irshad

Friday, September 11, 2009

Alahai anak omakkkkk

Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang dudukdisebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanyakepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?"Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapapun. Dan selalunya kita akan mendapat jawapan.

Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua inikurang pendengaran, berkata pemuda tersebut dalam hatinya. Dia mengulangipertanyaan sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpasebarang riak dari wajahnya.Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, "Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?"Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap,tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soalini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra."

Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu.Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anakgadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur , nanti kita akanturun bersama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu."Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. "Kemudian?" tanyanya lagi."Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti diamempelawa anda ke rumah.

Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya,dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadirapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya.Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi.Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.Terus diabertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan sayayang pertama? Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang,

"Masalahnya? , SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGANPUN TAKDERRR!"

3 comments:

Aina@Azila said...

Wakkakaka.... aduh, skit perut akak ketawa terguling2..

Eh, akak pun tak mo menantu tak der jam. Org tak der jam ni ialah org tak tak tau menghargai masa.

amiey lee said...

hahahhahaha hi akak

amiey lee said...

sunyinye