kita berehat dulu ngan iklan k

Kisah Qaiser Irshad

Tuesday, October 13, 2009

Pengemis raih RM20K sebulan.....

Presma dakwa ada sindiket kaut untung tindas orang buta

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID dan SAHLIZAH MOHAMED berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Jika anda minum di restoran mamak di sekitar Lembah Klang, sudah menjadi perkara biasa jika anda didatangi orang buta yang dipimpin oleh seorang wanita atau lelaki celik yang menjual tisu atau pelekat al-Quran.
Walaupun alasan mereka hanya untuk menampung keperluan kehidupan seharian, golongan cacat penglihatan ini dipercayai berselindung di sebalik sindiket pengemis yang mengaut untung berpuluh-puluh ribu ringgit sebulan bagi setiap seorang orang kurang upaya (OKU) di bawah jagaan mereka.
Pendedahan itu dibuat oleh Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Datuk Jamarulkhan Kadir yang mendakwa ada di kalangan mereka menerima pendapatan sehingga mencecah RM20,000 sebulan.
Kegiatan itu disifatkan Jamarulkhan sebagai satu 'manipulasi terancang' sindiket tertentu yang berniat memeras kudrat OKU yang mana sebahagian besarnya adalah orang tempatan.
"Perolehan pendapatan daripada mengemis kemudian dibahagikan 50-50 antara OKU dan orang yang menemaninya,'' dedahnya kepada Kosmo! semalam.
KAWASAN gerai di Bandar Sri Permaisuri, Cheras antara kawasan tumpuan pengemis buta.
Jamarulkhan juga tidak menolak kemungkinan sindiket terbabit mendalangi kegiatan tidak bermaruah ini dengan persetujuan pengemis buta itu.
Justeru, tidak hairanlah mereka yang mengemis pada waktu malam hingga dinihari ini dikatakan hidup mewah berdasarkan kereta mewah yang membawa mereka dalam 'kerjaya' harian masing-masing.
Menerusi pengalamannya, beliau sendiri pernah menyaksikan empat OKU cacat penglihatan dibawa menaiki van dan kemudian diarahkan mengemis secara bergilir-gilir secara intensif di kawasan deretan kedai makan di sekitar Bangsar di sini.
Menurut Jamarulkhan, hasil siasatan Presma juga mendapati dalam tempoh satu jam, seorang OKU dan pasangannya berupaya meraih kutipan sekurang-kurangnya RM100.
Jika dihitung selama lapan jam bekerja bagi tempoh 25 hari sahaja, katanya, mereka mampu memperoleh pendapatan paling kurang sebanyak RM20,000 sebulan.

******************
apa komen kawan2... ? bagaimana pula dengan OKU yang tiada tangan atau kaki mengemis di pasar2 malam...? hmm

8 comments:

Andrew said...

Permata hati, sebagai kawan yang berasal dari negeri yang melambak sangat pengangguran ni, nasehat saya kamu kena hati2 dan pilih2 bila ingin beramal.. sebab kes cam ni dah dari zaman dahulu kala terjadi di Indo.

kita ni memangla disuruh beramal dan berinfaq sesuai dengan ajaran agama, tapi kena tengok betul2 sapa orang yang kita dermakan itu, sebab walaupun dorang cacat fisik tetapi mereka ini mempunyai suatu organisasi yang diketuai oleh seseorang.

Kalau di Indonesia lebih dahsyat lagi permata, sebab anak2 dibwah umur antara 3 sampai 10 tahun yang dijadikan alat untuk meraup keuntungan. sore harinya mereka diminta menyerahkan hasil jerih payahnya kepada ketua kelompok mereka.

biasanya mereka beroperasi di lampu merah saat kendaraan berhenti, tindakan yang sekarang dilakukan oleh polisi Indo adalah dengan memberikan denda sebesar Rp. 500.000 kepada siapapun pengendara mobil yang memberikan uang kepada pengemis di lampu merah. ini untuk membuat mereka (sindikat itu) jera dan sekaligus mencegah tindakan kriminalitas sebab biasanya dorang saat dilampu merah pura2 minta dan kawan satu lagi menyusup bawah keta kita, begitu lampu hijau kita pon jalan dan terlindaslah dorang.

dengan cara itu dorang dapat peras ugut kita. tapi polis dah tau motif dorang ni.

Semoga di Malaysia sana polisi segera ambil tindakan agar masyarakat aman dan sayang sekali kalau Msia yang bersih di kotori oleh sindikat yang mengambil untuk dari orang susah..

Andrew said...

satu lagi permata, kalau setiap orang sudah tau sindikat tu sengaja nak mengaut untung dari orang cacat, sudah pasti dorang taknak menyumbang, cara ini sangat efektif untuk memberikan efek jera pada mereka.. i am sure..

amiey lee said...

ye la andrew...kekadang kesian tengok anak2 kecil kudung kaki tangan akibat sindiket sesuatu...
pernah dulu prmata dpt email..mengenai penculikan budak2 dan mereka dipotong tangn kaki untuk mengemis... Ya Allah sanggup mereka buat mcm tu...sedih sgt bila budak2 dijadikan mangsa...

Andrew said...

betul permata, itu akan berakibat kepada kita yang tinggal di perkotaan sebagai satu masalah sosial perkotaan.

kekadang masa kat dalam bas sedih bila tengok budak yatim berkerudung 5 tahun ulurkan amplop kat semer penumpang, hati ini nak la letak seribu dua ribu kat dalam amplop tu, tapi bila tengok kat luar tingkap bas seorang wanita dewasa mengawasi pergerakan budak tu, jadi menyirap darah ni permata, rasa nak lesing jer orang tu sanggup eksploitasi anak2 di bawah umur.

ada undang2 dan hukum yang jelas untuk eksploitasi anak2 di bawah umur oleh sindikat macam ni, tapi nak harapkan polisi kami, alaaah... tau je laa.. ibarat pepatah hangat-hangat tahi ayam.. kikikik.. kejap buat kejap tidak..

amiey lee said...

hmm tu la kan andrew..kalau di pikirkan.. kasihan sgt dgn budak2 yg teraniaya ni..tau tak andrew..dulu kawan permata ada cerita..kita nak tolong budak2 ni senang..kita jgn kasi duit...kita ajak dia makan... sbb kalau duit dia mesti kasi pada org yang kawal dia kan...kalau budak2 tu dtg minta sedekh t5anya dia dh mkn belum...kalau belum blikan la dia mknn n bagi dia..

Andrew said...

aha.. ye laa.. daripada kasi uang mendingan kasi makanan jadi bodyguard dia nggak bisa ngapa-ngapain bener tuh.. palingan dibeliin nasi bungkus terus kasi ke dia. best la idea kawan permata tu.

Permata, Qaisarah looks like her father laa, sure.. bila saya tengok gambar slide tu. kata orang anak cewek pasti kelihatan kayak bokapnya, sedangkan anak cowok akan kelihatan mirip nyokapnya.. xcaya? nanti bila dapat anak lelaki pasti macam muka permata.

amiey lee said...

ye la andrew...hampir suma cakap qaisarah mirip ayah dia..heee..

tapi mata mirip permata..hmm sbnarnya memang permata suka mcm tu...qaisarah memang manja dengan ayah dia tau..kalau ayah dia nak pergi ekej dia nak ikut

yunia said...
This comment has been removed by the author.