kita berehat dulu ngan iklan k

Kisah Qaiser Irshad

Thursday, November 5, 2009

Paparazzi aka wartawan tak diiktiraf (wtd)...

cerita pasal wartawan yang tak diiktiraf ni macam2... tau tak aku selalu jumpa ngan wartawan yang tak diiktiraf ..contoh ayat wartawan tak diiktiraf (wtd) yang paling popular:-

kes 1
time tu nak amik result spm..
"kak nab oiii, emy tu dapat berapa keputusan dia? belajar mcm sungguh2... anak si pulan bin pulan...tu dapat A byk dulu.. masuk U....."
(ada aku kesah.. biala dh rezeki dia.... aku masuk poli..ok apa? )

kes 2
waktu nak bertunang lpas grad...
"hishhh baru habis belajar..keje pun tak tetap lagi dah gatal nak bertunang"
(ayat tak blh blah...suka aku la nak tunang ke nak kawin ke... bukan guna duit dia)

kes 3
lepas practical...aku keje kat .........
"emy keje mana skrg kak nab... bapa gaji dia?..... oo anak si pulan tu keje kat dot dot dot...gaji besar...ribu2....."
(ishh ada aku kesah...dh rezeki dia..aku ni pun syukur dapat gak bg mak ayah tetiap bulan)

kes 4
kereta dan memandu.....
" kak nab... emy pandai memandu lagi ke...tak nak beli kereta ke...kawan2 dia suma dah ada kereta..."
(hishhh tunggula nnti aku bli ferrari bawak jalan2 depan ko)

dan macam2 lagi ayat WTD ni...kekadang terhiris gak tapi ada aku kesah?
hehehehe........

15 comments:

Aina@Azila said...

Memang ramai wartawan tak bertauliah ni... beli kereta kecik, dia kata kita tak dak duit. Beli kereta besaq dia kata nak menunjuk...

Yg paling tak tahan bila orang tanya pasal anak. Ikhtiar laa.. tak kan nak biar jer tak dak anak. Aduhaiii... kita ni dah beribu2 ringgit malah berbelas ribu dah habis kat spital, doktor dah seluk sana, seluk sini. Tak kan nak tnjuk resit kat dia..bukannya dia tolong bayar pun. Duit, sendiri poket juga keluar...

Lepas tu ada yg kata.. pi laa cara tradisional.. hai.. tak tersenarai dah mak mak bidan. mandi bunga ni dah dekat nak habis satu kebun bunga buat mandi..

Lepas tu ada yang kata, pi laa berdoa di Mekah.. makcik oiii... saya dah 5 kali dah pi Mekah. pas tu Makcik mulut tak dak insuran ni pi kata pulak, hati tak bersih kot, sebab tu doa tak makbul...... *me....pitam!!! Pedih tak pedih, Permata fikirlah sendri.

amiey lee said...

betul tu kak aina......manusia ni tk penah nak tgk orang senang...dulu permata masa baru kawin ngan hubby...dlm 6 bulan gak la bru pregnant...masa bulan ke 4 lpas kawin tu permata masuk sepital seminggu sbb denggi...ada wtd takde insuran ni plak canang permata keguguran........ nauzubillahiminzalikkk....

saba la kak aina...dulu pun permata ada gak wtd yang menegur...padahal permata kawin tak smpai setengh tahun... dia ckp permata merancang la...sbb nya tak bunting pelamin...!

Aina@Azila said...

Entah laa... tak faham dengan sikap orang kita. Bukan nak agung2kan orang putih, tapi..mereka lebih open minded, mereka ambil berat hal kejiranan dan keluarga tapi tak sampai jaga tepi kain orang. Inilah yang patut kita contohi... tapi, budaya kuing/rosak akhlak yg die orang amalkan tu kena la dijauhi.

Akak dah malas nak berdunia dengan org skrg ni.

amiey lee said...

hmm sb tu la permata n hubby suka tgl kat kondo..more privacy...jiran pun sekadar hai2 tegur sapa...tukar contact no if ada emergency...kalau nak buka kedai kopi boarak2 tak de maknanya...hehehehe

still me..A.D.N.I said...

tumpang lalu...
kak aina, sabo je lah yek..sian akak..
tuhan nak bagi akak pahala lebeh sbb byk bersabar....

Anonymous said...

Sedih dgr citer Aina... kekadang kesabaran kita pun ada hadnya, kan? Satu ujian yg berat dan balasan yg besar diakhirat... Insyallah!

Permata, wtb ni ada dikalangan saudara-mara kita sendiri, betul tak?

Pengalaman bekerja dgn omputih memang berbeza sekali berbanding dgn 'org kita' walaupun yg berpangkat datuk seri! Omputih ni buzybody bertempat.

amiey lee said...

btul kak aurora...selain orangs ebelh menyebalah..wtd ni pun terdiri dari sedara mara terdekat..... yang [aling best time kawin..heheh berkumpulla wtd ni dgn geng2 dia..sapa2 yang lum kawin selalu jadi mangsa2 wtd ni la...

masyarakat melayu mmang terlalu mengambil berat...

Anonymous said...

... itu menunjukkan mereka sayang kat kita, take it that way and you will have a peace of mind! What other people think of you is none of your business (quote from 'Tips for Better Life no. 26 - saya ada senarai ni terlekat kat dinding opis, sbg peransang!)

senang citer, bayangkan kita femes!! he! he!

amiey lee said...

hahahahaah
tul gak ckp kak aurora... kiranya kita ni femes la ye...hahahahahaha

^-AmbO-^ said...

biasala tu permata, nih blum jadik artis lagi ni, klu dah jg artis tak tau la kan?

kekadang ni dia orang sebok nk amik tau dan tentukan idup kita sebab:
1. idup dia tak berapa menarik, so dia nk ambik tau la idup orng yg lbh menarik dari dia.. haha...
2. Tak sedar diri nk tentukan hidup org lain hidup sndri pn ntahapahapa..

Tu ambo punya pendapatan la.. haha..

Andrew said...

Permata, Ikhtiraf n Tauliah tu apa artinya?

amiey lee said...

hee adrew, jap cari kamus.... iktiraf tu mcm recognise, penerimaan.....tauliah tu credentials.... mcm kalau belajar so kita di tauliahkan..... sometghing like that la... mcm penghargaan la

amiey lee said...

kalau salah jgn mara

amiey lee said...

so kalau nak diadaptasikan pada Wartawan tak dikitiraf atau ditauliah kan ni maksudnya wartawan yang takde sijil,takde lesen, takde diterima oleh orang lain...maksudnye yang suka bawa mulut persis mami jarum la....

Andrew said...

ohhh i c... thanks for the translation..