ari tu ada dgr kat radio..so aku crila pasal berita ni...
__________________________________
sumber dri Utusan Melayu
KUALA LUMPUR 5 Jan. – Ramai yang tidak menyedari bahawa Kampung Baru yang merupakan penempatan utama masyarakat Melayu di tengah-tengah ibu kota akan berusia 111 tahun pada 12 Januari ini.
Bagi meraikannya pelbagai program yang julung-julung kali diadakan bakal dianjurkan oleh Centrepro Sdn. Bhd. bersama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan turut diraikan kira-kira 35,000 penduduknya.
Pengarah Urusan Centrepro Sdn. Bhd., Ishak Abdul Kadir berkata, acara akan bermula esok dengan majlis tahlil dan kesyukuran di Masjid Jamek dan beberapa buah surau.
Acara kemuncak sambutan ialah majlis makan malam yang dijangka dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan depan atau bulan berikutnya.
“Sambutan buat julung kalinya dalam sejarah penubuhan Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) ini bertujuan untuk menghargai dan mengenang kembali perjuangan mereka yang telah tiada mahupun yang masih ada di kampung bersejarah ini.
“Di samping itu, ia bagi mengabadikan kenangan 111 tahun kewujudan pentadbiran MAS Kampung Baru di ibu kota Kuala Lumpur.
“Angka 111 tahun merupakan angka unik dan MAS sebagai satu lembaga di bawah kaum Melayu dilihat sebagai pentadbir yang teguh mempertahankan sebuah kampung untuk orang Melayu.
“Tanggungjawab sebagai orang Melayu yang mementingkan sentimen Melayu menjadi pendorong untuk mengadakan sambutan memperingati perjuangan bangsa sendiri dalam mempertahankan sebuah kampung yang pernah ditadbir penjajah suatu masa dahulu,” kata Ishak.

3 comments:
satu jangka masa yang lame tue..
pergh...dasat la..ifa ada gak baca kt paper nie..
HEEE TARIKH DIA AKALU 11 JAN 2011 LAGI CANTEK KAN
Post a Comment