kita berehat dulu ngan iklan k

Kisah Qaiser Irshad

Thursday, February 10, 2011

Gunakan Perkataan Penuh..Assalamualaikum

UPDATED


kawan2 ada sedikit updated mengenai ini...sila ke link di bawah.....


___________________________________________________


AS SALAM.......


Dapat email ni...Ya Allah...... byk entry aku start ngan salam... maaf ye kawan2 aku tak tau...mari kta share sedikit info di bawah ye...

_______________________________________


SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"?


apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)


baik gunakan,,, ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH... Ilmu utk dikongsi bersama.


Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain. Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam. Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh” Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh” Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah ; “WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; “WAALAI KUM SALAM” Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“. Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!


Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“. * Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”


Sebaiknya gunakan “Assalammualaikum.”


Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..


Sekian, semoga ada manfaatnya

__________________________________________


semoga apa yang aku share kt atas ni dpt di share bersama ngan kawan2 yang lain ye

13 comments:

HaN WarreN said...

terima kasih kongsikan info ni :)

sArAh said...

slalu gak guna perkataan tu.. huhu.. thanx sbb kongsikan info ni..

mesti bace~ istimewa

eija_sweetmama said...

good info..

adeii..eija pun sama selalu guna salam..okey..lepas ni kena guna as salam..

thanks..

Zue Sancer said...

baru dpt tahu info ni semlam kat fb...hari2 kita wat dose...

Anum Shukri said...

Assalam...akak dah buat n3 ni bulan lepas...so..sama2lah kita saling memperingati..

amiey lee said...

thanks suma..betul sama2 kta saling mengingati

Mama Kembar Tiga said...

thanks for d infor. nak kena praktik from now nih...

kay_are said...

ye ke?? baru tau .. thanx for the info =)

Unknown said...

penerangan tentang salam ni hanya memetik sebahagian ayat quran.. which is tidak boleh diterima bulat2 krn maksud ayat ini adalah utk kaum yg tdk mau beriman itu .. cuba semak tafsir AlQuran sblm menjadikan ia dalil..

salam & As-salam.. dua-dua boleh guna.. cuba semak link ni

http://ustazlove.com/blog/2011/01/soal-jawab-as-salam-ke-salam/


sekadar memanjang.. :)

amiey lee said...

heee thanks kak yong...akan di edit ..thankssssssss berkongsii

Anonymous said...

alamak biar btul..bagusnie..mummy barujer guna takdi..huhu..sib amy gtau.tqtqtq

Megat said...

Assalamualaikum,

Saya dah buka link kat atas tu, tiada apa2 pun yang mengatakan perkataan "SALAM" tu berdosa kalau digunakan. Cuma lebih baik sekiranya memberi salam full (Assalamualaikum)

So kalau boleh, saya dengan rendah dirinya nak mintak kalau boleh, janganlah letak tajuk kat atas tu sebagai "Jangan Guna Perkataan SALAM...!!! berdosa...!!!"

Kerana ia adalah HARUS dan title tu bole menyesatkan pembaca...

Terima kasih penulis blog :)

amiey lee said...

waalaikumussalam...thanksss soda pop... naif betul saya..ok tajuk sudh di ubah..terima kasih banyak